Sunday, January 4, 2009

Demam Bola Sudah Bermula....


Buat semua peminat bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia (MSL) 2009 sudah kick-off dengan rasminya pada 03/01/09.Perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah Sang Kenari dengan Selangor Red Giant berkesudahan Red Giant meratah Sang Kenari dengan jaringan 4 - 1.Satu kejutan awal buat Kedah yang menggondol 3 piala pada musim lepas.Ini merupakan kegagalan kali ke 2 Kedah merebut Piala Sumbangsih setelah dinafikan Perlis pada musim 2008.

Perlis Singa Utara telah membawa pulang 3 mata pertama apabila menewaskan Terangganu dengan jaringan 3-2.Gol-gol Perlis telah dijaringkan oleh Nizaruddin Yusof (m-5),Rizuan Othman(m-19) dan Chan Wing Hong (m-47).

Tahniah buat keseluruhan pasukan Perlis kerana berjaya menggondol 3 mata berharga dari tempat lawan.Tanpa kelibat awang import,Perlis masih mampu bersinar dan memberi harapan buat semua peminat Singa Utara.Semoga Perlis akan meneruskan rentak kemenangan ke 2 apabila akan melayan pasukan pantai timur Pahang pada 06 Januari 2009 di Stadium Utama Kangar.

Ramai-ramai kita penuhkan segenap ruang di Stadium Utama.


Perlis Singa Utara..Aummm..!!!!


No comments: