Monday, June 29, 2009

Kerja..kerja..kerja

Di hari Ahad dikala insan-insan lain menghabiskan masa bercuti hujung minggu,aku mcm biasa bercuti sambil bekerja.Meh kita tgk jadual aku sepanjang hari :-

PAGI

Bangun 6.30 pg.Mandi+solat.Rosis call suruh amek walkie-talkie & adaptor wireless mic di Dewan Kapitol.Dalam otw to Kg Wai,menikmati angin pagi yang sejuk-sejuk.kira tak payah pakai air-cond.

Sampai Kg Wai 7.30pg.Terus ke tempat siaraya.Ibubapa & famili pelajar pun dah ramai datang.
Gang 3-piece UniMAP menghiburkan tetamu yang datang dengan susunan lagu yang telah diaturkan.Sebahagian ibubapa & famili pelajar menjelajah sekitar booth pameran oleh setiap Pusat Pengajian.

Tuanku Canselor UniMAP tiba jam 10.30 pg.Tiap-tiap tahun Tuanku akan berangkat,bertemu dengan waris pelajar & menyampaikan amanat buat waris2 pelajar yang hadir.Selepas itu Tuanku berkenan untuk melawat disekitar booth pameran yang disediakan.

PETANG

Hiburan diteruskan sehingga jam 12.30 tgh.Kami mula mengemas peralatan siaraya untuk disimpan di Dewan Kapitol.Sementara menunggu Abe Ya pemandu lori kami menikmati hidangan tengahari.Pukul 2.00 kami mula memuatkan peralatan didalam lori Sampai di Dewan Kapitol kami menyimpan peralatan di bilik siaraya. Kami gerak balik pukul 3.00 petang.

Aku gerak ke Istana Arau pukul 4.30 ptg untuk event penyerahan watikah perlantikan DYMM Puan Muda Perlis dilantik sebagai Pro Canselor UniMAP selamat 2 tahun 9 bulan.Acara tamat 6.00 ptg.Aku pun cabut balik.

MALAM

Selepas menikmati nasi kandaq yang dibeli oleh mrs.bob,aku bertolak pulak ke Dewan 2020.
Kat sana berlangsung taklimat Minggu Suai Kenal 2009.Job aku kat Dewan 2020 menjadi pengantara antara HEPA & pihak pembekal semasa acara berlangsung.Majlis tamat 11.30 mlm. Aku gerak ke Pejabat Pembangunan untuk touch-out & sampai rumah pukul 11.45 mlm. Mrs.bob setia menunggu kepulangan aku.

Kesimpulannya,bekerja mcm aku penat.Tapi aku enjoy dengan kerja aku buat sekarang walaupun bukan kerja hakiki.So,sayangilah kerja anda kerana zaman sekarang orang cari kerja bukan kerja cari orang.

Friday, June 26, 2009

Dinner@My Town Kopitiam

Semalam,kami berdua mengambil keputusan untuk dinner kat My Town Kopitiam.

Tempat ni pun baru saja dibukak.Banyak juga pilihan makanan & minuman yang di tawarkan.Konsep Kopitiam ni lebih kepada santai & relax.Kira kalau nak g sembang2 @ dating tu (bg yang bujang dan sewaktunya) amatlah sesuai sekali. Menu untuk mrs.bob ialah milo ais & hot plate yee mee dan kiwi juice & fish & chip untuk saya.

Keseluruhannya,permarkahan untuk hidangan kami 8/10.Kuah yee mee agak cair dan kuah black pepper agak masin.Satu kekurangan di sana ialah takde WiFi.So,kurang la enak kalau tak dapat melayari internet sambil menjamu selera.Berbaloi untuk RM anda.








Tuesday, June 23, 2009

Hoki!!!

Lamanya tak menjenguk blog ni.last post pada 22 Feb 2009.So almost 4 bulan blog ni ditinggalkan.i'm sorry.mungkin kerana masa yang terhad (banyak sgt tugas2 siaraya) yang menyebabkan kekurangan masa untuk menjenguk blog ni.Sepanjang 4 bulan ni,banyak juga kenangan-kenangan dan peristiwa yang berlaku.Salah satu yang akan menjadi kenangan abadi ialah kejayaan Pasukan Hoki UniMAP (UniMAP Lion) menjadi Juara di Sukan Staf Antara Universiti 2009 (SUKUM) di Terangganu 2009.Alhamdulillah,kami mencapai sasaran dari Dato NC.Sesungguhnya sejarah Pasukan Hoki UniMAP bermula pada tahun 2006 di zaman KUKUM.Orang yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan hoki KUKUM ialah saudara Adi Ashraff n Mat Apit.
Bertempat di UPM selaku tuan rumah Sukan Staf Universiti Malaysia,acara hoki diadakan di Stadium Hoki Lembah Pantai (sebelah UM).KUKUM di letakkan bersama pasukan pilihan UM dan UiTM.Perlawanan pertama dengan UiTM kami tewas dengan 2-0 dan perlawanan berikutnya dengan UM kami tewas juga dengan jaringan 4-1.Kami tak penah merasa kecewa atau menyerah kerana kami pasukan newbie.Byk kekurangan dari aspek pengalaman dan keserasian dalam pasukan.

Tahun 2007 UniMAP menjadi tuan rumah Sukan Staf Universiti Malaysia.Pasukan Hoki UniMAP tampil dengan wajah-wajah baru.Kami tidak diberikan sebarang harapan atau target namun kami sepasukan mempunyai misi tersendiri.Berkat dengan semangat sepasukan dan kerjasama kami berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu UPM,gergasi hoki di kalangan universiti di Malaysia.Walaupun bertemu juarakami tidak gentar.Tetapi, nasib tidak menyebelahi kami yang tewas 2-1 di tangan UPM.Namun kejayaan kami melangkah ke final membuka sedikit mata warga UniMAP yang selama ini memandang enteng terhadap kami.

Tahun 2008 ketika Unimas yang menjadi tuan rumah,acara hoki tidak dipertandingkan.

Tahun 2009 UMT menyenaraikan kembali acara hoki dalam kalendar pertandingan.Kami ada dendam untuk ditebus.UniMAP ditempat bersama UIA dan UDM.UniMAP diletakkan selaku pasukan pilihan bagi edisi kali ini.Perlawanan pertama dengan UIA kami menewaskan mereka dengan 7-0 dan perlawanan kedua menentang UDM kami menang dengan jumlah jaringan yang sama.Melangkah ke suku akhir kami bertemu dengan UMP dan berkesudahan dengan UniMAP 5 - UMP 2.Kami bertemu dengan tuan rumah UMT untuk separuh akhir.Perlawanan sengit dan berkesudahan UniMAP 1 - UMT 0 hasil jaringan Abg Zaki.
Perlawanan akhir menemukan kami dengan UPM seperti ulangan 2007.Masih pasukan yang sama dan tiada sebarang perubahan 25 minit separuh masa pertama masih berkedudukan 0-0.Babak kedua kedudukan terikat 0-0. Penentuan juara ditentukan menerusi penalti flick.Kedudukan menjadi 5-5.Genting buat kedua-dua pasukan.Namun dah termaktub Pasukan Hoki UniMAP menjadi juara edisi ke 34 dengan jaringan 6-5.
Syukur alhamdulillah.Kami mencapai target yang diletakkan oleh Ketua Kontijen dan Dato VC sendiri.
Terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi dorongan kepada UniMAP Lion. Jasamu dikenang.