Tuesday, June 23, 2009

Hoki!!!

Lamanya tak menjenguk blog ni.last post pada 22 Feb 2009.So almost 4 bulan blog ni ditinggalkan.i'm sorry.mungkin kerana masa yang terhad (banyak sgt tugas2 siaraya) yang menyebabkan kekurangan masa untuk menjenguk blog ni.Sepanjang 4 bulan ni,banyak juga kenangan-kenangan dan peristiwa yang berlaku.Salah satu yang akan menjadi kenangan abadi ialah kejayaan Pasukan Hoki UniMAP (UniMAP Lion) menjadi Juara di Sukan Staf Antara Universiti 2009 (SUKUM) di Terangganu 2009.Alhamdulillah,kami mencapai sasaran dari Dato NC.Sesungguhnya sejarah Pasukan Hoki UniMAP bermula pada tahun 2006 di zaman KUKUM.Orang yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan hoki KUKUM ialah saudara Adi Ashraff n Mat Apit.
Bertempat di UPM selaku tuan rumah Sukan Staf Universiti Malaysia,acara hoki diadakan di Stadium Hoki Lembah Pantai (sebelah UM).KUKUM di letakkan bersama pasukan pilihan UM dan UiTM.Perlawanan pertama dengan UiTM kami tewas dengan 2-0 dan perlawanan berikutnya dengan UM kami tewas juga dengan jaringan 4-1.Kami tak penah merasa kecewa atau menyerah kerana kami pasukan newbie.Byk kekurangan dari aspek pengalaman dan keserasian dalam pasukan.

Tahun 2007 UniMAP menjadi tuan rumah Sukan Staf Universiti Malaysia.Pasukan Hoki UniMAP tampil dengan wajah-wajah baru.Kami tidak diberikan sebarang harapan atau target namun kami sepasukan mempunyai misi tersendiri.Berkat dengan semangat sepasukan dan kerjasama kami berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu UPM,gergasi hoki di kalangan universiti di Malaysia.Walaupun bertemu juarakami tidak gentar.Tetapi, nasib tidak menyebelahi kami yang tewas 2-1 di tangan UPM.Namun kejayaan kami melangkah ke final membuka sedikit mata warga UniMAP yang selama ini memandang enteng terhadap kami.

Tahun 2008 ketika Unimas yang menjadi tuan rumah,acara hoki tidak dipertandingkan.

Tahun 2009 UMT menyenaraikan kembali acara hoki dalam kalendar pertandingan.Kami ada dendam untuk ditebus.UniMAP ditempat bersama UIA dan UDM.UniMAP diletakkan selaku pasukan pilihan bagi edisi kali ini.Perlawanan pertama dengan UIA kami menewaskan mereka dengan 7-0 dan perlawanan kedua menentang UDM kami menang dengan jumlah jaringan yang sama.Melangkah ke suku akhir kami bertemu dengan UMP dan berkesudahan dengan UniMAP 5 - UMP 2.Kami bertemu dengan tuan rumah UMT untuk separuh akhir.Perlawanan sengit dan berkesudahan UniMAP 1 - UMT 0 hasil jaringan Abg Zaki.
Perlawanan akhir menemukan kami dengan UPM seperti ulangan 2007.Masih pasukan yang sama dan tiada sebarang perubahan 25 minit separuh masa pertama masih berkedudukan 0-0.Babak kedua kedudukan terikat 0-0. Penentuan juara ditentukan menerusi penalti flick.Kedudukan menjadi 5-5.Genting buat kedua-dua pasukan.Namun dah termaktub Pasukan Hoki UniMAP menjadi juara edisi ke 34 dengan jaringan 6-5.
Syukur alhamdulillah.Kami mencapai target yang diletakkan oleh Ketua Kontijen dan Dato VC sendiri.
Terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi dorongan kepada UniMAP Lion. Jasamu dikenang.








No comments: