Thursday, October 8, 2009

BENCANA


Sedang kita asyik memikirkan bencana alam yang berlaku sekarang,rupanya di kawasan sendiri juga terdapat bencana berlaku.

Kejadian berlaku pada petang 07/10/09 semasa hujan & ribut yang kuat melanda kawasan Kuala Perlis.Angin yang kuat telah menyebabkan syiling di bahagian belakang Bilik Milling Machine telah runtuh.Syukur semasa kejadian tiada pelajar ataupun staf yang berada di tempat kejadian.
Menurut kontraktor yg di arah untuk memperbaiki syiling berkenaan,selain faktor cuaca dan angin kuat,faktor lain ialah dawai yang mengikat syiiling-syiling itu telah pun mereput kerana dimamah usia.
Sekian.Fathehi Fuad melaporkan dari Bilik Milling Machine,Bengkel Mekanikal ,Pusat Kejuruteraan UniMAP untuk tatapan semua.

#Yang kena tu Lab aku la..nasib baik kelas mula pukul 3 dan takde student yang gatai2 nak masuk awai dalam lab..Fuhhh..Syukur..

Wednesday, October 7, 2009

1Malaysia Beraya @ UniMAP - Warna -Warni Aidil Fitri

FAKTA :

1. UniMAP telah menganjurkan 1Malaysia Beraya @ UniMAP - Warna -Warni Aidil Fitri pada 6 Oktober 2009 di Dataran Kubang Gajah.

2.Bertujuan untuk menyambut Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di peringkat UniMAP,mempereratkan silaturrahim di kalangan komuniti UniMAP dan masyarakat Perlis dan bersama-sama meraikan kedatangan bulan Syawal.

3.Hujan lebat yang turun semasa perasmian majlis tidak mencacatkan kelancaran majlis tersebut.

4.Kehadiran tetamu-tetamu diluar jangkaan dan memang pecah panggung.

5.Pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan untuk majlis ini.Diantaranya Nasi Bukhara,Laksa,Satay (makanan wajib),kuih-kuih raya,lemang & ketupat dan macam-macam lagi.

6.Artis undangan ialah Yuna & The Band.Macam biasa,Yuna & The Band memberikan persembahan yang terrrmantoppp dan mendapat perhatian di hati peminat-peminat.Persembahan turut dijayakan oleh rangkaian penyanyi-penyanyi UniMAP (Azwan,Syam,Zam),penari-penari Indrasutra UniMAP,Band UniMAP dan tidak dilupakan persembahan istimewa dari Ketua Jabatan UniMAP dan juga duet Dato NC bersama Datin Noridah.

7.Untuk geng PA System dan Multimedia,Alhamdulillah kami telah berjaya mengendalikan majlis dengan sempurna tanpa menghadapi major problem.Legaaa...









Sunday, October 4, 2009

The Singing Rojak Man

Pernah melihat penjual rojak menghiburkan pelanggan sambil menyiapkan rojak??Menyanyikan lagu-lagu techno@disco dengan satu perkataan..ROJAK..ROJAK..ROJAK..mengikut rentak lagu yang berkumandang

Kalau belum,silalah berkunjung ke Gurney Drive @ Padang Kota Baru.Seperti biasa Farah yg menjadi guide kami ke sana.Turut sama ialah Cik Aziz & Pn Rosnani,Tn Hj Nazri,Cik Ghani dan Cik Hanif.

Apakah perbezaan Rojak @ Pasembor??

Sebenarnya tiada bezanya.Pasembor dipanggil oleh orang-orang area utara manakala orang luar khususnya KL menggelarkan Rojak.Bahan utama ialah cucuq udang,sengkuang dan kuah kacang.Kalau nk menyedapkan lagi campur dengan bahan-bahan seperti udang,ubi dan lain-lain. Kuah rojak semalam pedas-pedas manis dan memang layan.

Pasemboq + Rojak + Cucuq Udang
The Rojak Man aka Pasemboq Guy ( Mr Ayob Bacha )

Kenikmatan yang tiada terhingga
Abg Det dahaga..Pedaih

Nikmat sampai mata juling..yum..yum

Terima kasih Farah selaku guide kami.Asyik2 Farah ja.Queen of Food.Boleh hostkan JJCM.

Saturday, October 3, 2009

SANY CHAR KUETEOW

Semalam kami berkesempatan berkunjung ke Sany Char Kueteow yg terletak di Jalan Seagate Penang.Selain dari menu char kueteow,ia menawarkan juga masakan thai.

Kami order char kueteow special.Ada udang 3 ekoq.Besaq-besaq betoi.

TQ Farah selaku guide kami.Keje bawak p tempat makan ja!!!..Naik lagi badan aku..

Venue semalam
Tengoklah hasilnya.Banyak betoi udang-udangnya.

Abang det - pilot kami

KAMI

Friday, October 2, 2009

Nasi Kandar Beratur...

Pernahkah anda ke kedai nasi kandaq yang buka hanya jam 10.00 malam dan kena beratur panjang hanya mendapatkan sepinggan nasi kandaq? Semalam saya,Rosis,Farah dan Abg Det berkunjung ke Nasi Kandaq Beratur di sebelah Masjid Kapitan Keling.Kami berada di Penang untuk Bengkel Juruaudit ISO 2009.Kami sampai dalam pukul 11.00 lebih.Memang tak dinafikan barisan menunggu memang panjang. Rasa menunggu memang menyiksakan.Syukurlah Farah jumpa sepupu dia dan menggunakan kabel sepupu dia yang beratur di depan untuk ambik nasi.Menu kami ialah nasi kandaq,ayam goreng,telor goreng dan kuah campuq.Pehhh,memang sedap.Campuran kuah dia mmg power.Ayam pulak ranggu hingga ke tulang..Best..Best..TQ Farah jadi guide kami.

The Famous Nasi Kandaq Beratur

Masjid Kapitan Keling

My menu..yum..yum..kuah berlenang

Basuh tangan kena beratur juga