Monday, June 29, 2009

Kerja..kerja..kerja

Di hari Ahad dikala insan-insan lain menghabiskan masa bercuti hujung minggu,aku mcm biasa bercuti sambil bekerja.Meh kita tgk jadual aku sepanjang hari :-

PAGI

Bangun 6.30 pg.Mandi+solat.Rosis call suruh amek walkie-talkie & adaptor wireless mic di Dewan Kapitol.Dalam otw to Kg Wai,menikmati angin pagi yang sejuk-sejuk.kira tak payah pakai air-cond.

Sampai Kg Wai 7.30pg.Terus ke tempat siaraya.Ibubapa & famili pelajar pun dah ramai datang.
Gang 3-piece UniMAP menghiburkan tetamu yang datang dengan susunan lagu yang telah diaturkan.Sebahagian ibubapa & famili pelajar menjelajah sekitar booth pameran oleh setiap Pusat Pengajian.

Tuanku Canselor UniMAP tiba jam 10.30 pg.Tiap-tiap tahun Tuanku akan berangkat,bertemu dengan waris pelajar & menyampaikan amanat buat waris2 pelajar yang hadir.Selepas itu Tuanku berkenan untuk melawat disekitar booth pameran yang disediakan.

PETANG

Hiburan diteruskan sehingga jam 12.30 tgh.Kami mula mengemas peralatan siaraya untuk disimpan di Dewan Kapitol.Sementara menunggu Abe Ya pemandu lori kami menikmati hidangan tengahari.Pukul 2.00 kami mula memuatkan peralatan didalam lori Sampai di Dewan Kapitol kami menyimpan peralatan di bilik siaraya. Kami gerak balik pukul 3.00 petang.

Aku gerak ke Istana Arau pukul 4.30 ptg untuk event penyerahan watikah perlantikan DYMM Puan Muda Perlis dilantik sebagai Pro Canselor UniMAP selamat 2 tahun 9 bulan.Acara tamat 6.00 ptg.Aku pun cabut balik.

MALAM

Selepas menikmati nasi kandaq yang dibeli oleh mrs.bob,aku bertolak pulak ke Dewan 2020.
Kat sana berlangsung taklimat Minggu Suai Kenal 2009.Job aku kat Dewan 2020 menjadi pengantara antara HEPA & pihak pembekal semasa acara berlangsung.Majlis tamat 11.30 mlm. Aku gerak ke Pejabat Pembangunan untuk touch-out & sampai rumah pukul 11.45 mlm. Mrs.bob setia menunggu kepulangan aku.

Kesimpulannya,bekerja mcm aku penat.Tapi aku enjoy dengan kerja aku buat sekarang walaupun bukan kerja hakiki.So,sayangilah kerja anda kerana zaman sekarang orang cari kerja bukan kerja cari orang.

No comments: