Tuesday, January 6, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN@SIDE INCOME

Pernah memikirkan untuk mempunyai wang yg banyak,berumah banglo besaq dan berkereta mewah jenama antarabangsa?Itu merupakan impian kita sbg seorang manusia normal.Kalau setakat makan gaji menunggu setiap bulan 25hb mungkin tidak akan tercapai impian atau mengambil masa yang agak panjang untuk menjadi kenyataan.

Pentingkah duit kepada kita?Kalau duit kurang mencukupi,apa yang terjadi? Tentulah penyakit kanser duit.Seluk poket dh kosong.Buka wallet dah tinggal beberapa ringgit sahaja.Pendek kata,dunia zaman sekarang amat sangat memerlukan duit.

Kami baru pulang mendengar taklimat peluang menambahkan pendapatan.
Peluang ini agak baik.Tapi,pernah juga kami mengalami sejarah hitam mengenai pendapatan sampingan ini.Namun kami mendengar penerangan yang diberikan & dalam perjalanan pulang kami berbincang mengenai hal ini.
Masing-masing memberikan idea & pendapat.Ada pro & kontra dalam perbincangan kami itu.

Kesimpulannya,

Kalau ingin menambahkan pendapatan,kaji dulu mengenai peluang itu.Selidik mengenai latarbelakang syarikat dan faedah-faedah yang diperolehi oleh kita sebagai ahli.Dan yang utama sekali,mesti ada MODAL.

1 comment:

Anonymous said...

~tak senang nak cari duit
dan
tak susah nak lenyapkan duit~