Sunday, February 22, 2009

My New Ride part 1

Halu

Akhirnya setelah berbulan-bulan saya menemui apa yang saya cari selama ini.

Code name Daihatsu Detamasso.Kalau di Malaysia dipanggil Daihatsu Espri.

Kereta ni skg berada di Aloq Setaq untuk proses modifikasi.

So,tunggu untuk part ke 2 ya.

Adioss


Wednesday, February 18, 2009

Hi..hi..
Aku dok layan talk show Ally.


Tajuk malam ni ialah GEMUK.

So,macam-macam nama gelaran dipanggil untuk insan yang comel ni.Ada panggil Bob,Moq,Tong Gas dan lain-lain lagi.Tapi,nama gelaran untuk Dina Malaysian Idol ialah DONUT. Hmmm,maybe sensitive for sesetengah orang.Aku akui aku memang gemuk juga.Agak berisi sekarang. Tetamu Ally mala mini selain Dina ialah Chef Zam.Chef Zam yang bertubuh montel dan berat 130kg kini hanya tinggal 85kg sahaja.Kuruskan???

Semua orang impikan tubuh yang ideal untuk diri masing-masing.Cuma kekadang tu setiap insan yang comel ini pun ada perasaan sendiri.Walaupun diriku sendiri comel juga,namun aku tetap aktifkan diri dengan aktiviti riadah.FYI,aku pemain hoki Pasukan Hoki UniMAP dan aktiviti kegemaran selain hoki ialah futsal dan badminton.

Sebenarnya,gemuk atau kurus bukan menjadi persoalannya.Yang penting ialah bagaimana kita menguruskan dan menjaga penampilan diri sendiri.Sungguhpun bertubuh comel,kalau kena dengan cara dan kaedah mampu bergaya dengan mantap dan elegan.Selain itu faktor pemakanan juga amat penting dalam menjaga pertambahan dan pertumbuhan berat badan.Kena cari alternative dalam penggantian pemakanan kita seharian.

So,pilihlah cara yang terbaik untuk menjaga badan dan penampilan anda.
Rajinlah bersenam atau pun beriadah selama 30 minit 3 kali seminggu.
Cergas diri Cergas Minda Badan Sihat Otak Cergas!!

Adiosss..
Haluuu everybody.
dh lama aku x update blog ni.banyak sgt job kena buat dan handle.
so bila free ni bleh la aku update skit2.
MY SAYANG dok tgh layan cite mertua vs menantu.our fav drama.kiranya musti balik dari pasar malam sebelum pukul 10 malam.
BTW,skg ni banyak event - event di UniMAP nk kena handle tak kira kecil atau besaq.
Kalau tak handle,takde la bunyi-bunyian untuk event tu.
So,nak tak nak kena la juga handle event tu.tu pun salah punca rezeki juga.
mmmmm..mata pun dh pedih sebenarnya.
petang tadi pun ada bengkel.
so,jumpa lagi.

Thursday, January 8, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN@SIDE INCOME part 2

Saya baru saja pulang mendengar mengenai peluang pendapatan sampingan.
Saya berjumpa sendiri dengan seorang yang bakal menjadi jutawan diatas usaha sendiri menjana pendapatan sampingan.kami berkongsi pengalaman & pendapat mengenai peluang yg ditawarkan.Apa yg menarik bagi saya insan ini walaupun berkepuk-kepuk wang dimiliki,namun rasa rendah diri dan tidak riak terpampang jelas.susun kata yang sopan dan lembut menyebabkan perbualan kami bertambah menarik.

Dia berkata bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.Semuanya perlu hasil usaha & penat lelah untuk mencapai sesuatu tahap atau kejayaan.
Kita inginkan pendapatan yang berpanjangan mungkin dapat menyenangkan anak cucu kita kelak.

Saya terus berfikir mencari kata putus.Ada suara-suara berbisik menyuruh saya mencuba peluang ini.Rezeki datang tanpa diundang dan dalam keadaan kita bersedia menerima rezeki tersebut.

Saya masih berfikir dan berfikir mencari kata putus..........

Tuesday, January 6, 2009

2nd win for Perlis tonight

Salam & hi

Sebenarnya,baru ja sampai dari Stadium Utama Kangar.P menonton perlawanan MSL antara Perlis Singa Utara dengan Pahang Tok Gajah.Penonton tak memenuhi segenap stadium.Mungkin disebabkan perlawanan pertengahan minggu.

hmmm..Pahang dibarisi oleh keseluruhan muka-muka baru yang dibimbing oleh Tajuddin Noor.Perlis seperti biasa dibarisi oleh tenaga muda dan diadunkan dengan pemain senior yang dikemudi oleh Irfan Bakti.

Awal permainan Perlis bermula dengan percubaan awal oleh Amar Rohidan.
Kemudian game Perlis menjadi down & Pahang mengambil kesempatan menjaringkan 2 gol awal.

Hujung permainan yg berbaki 15 minit barulah Perlis kembali bernafas dan memperolehi 2 gol penyamaan yang dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Nizarudin Yusof.

Tamat separuh masa pertama berkedudukan 2-2

Separuh masa kedua permainan kian rancak dengan Perlis banyak melakukan serangan yang kurang penyudahan.Kurang 10 minit masa berakhir Nizarudin menghadiahkan 3 mata penuh dengan hatrik pertamanya musim ini

Tamat masa penuh Perlis 3 - Pahang 2

Ini kemenangan kedua berturut2 Perlis.Semoga rentak kemenangan akan diteruskan untuk game seterusnya.

REMPOH PERLIS REMPOH!!AUMMM!!