Wednesday, February 18, 2009

Hi..hi..
Aku dok layan talk show Ally.


Tajuk malam ni ialah GEMUK.

So,macam-macam nama gelaran dipanggil untuk insan yang comel ni.Ada panggil Bob,Moq,Tong Gas dan lain-lain lagi.Tapi,nama gelaran untuk Dina Malaysian Idol ialah DONUT. Hmmm,maybe sensitive for sesetengah orang.Aku akui aku memang gemuk juga.Agak berisi sekarang. Tetamu Ally mala mini selain Dina ialah Chef Zam.Chef Zam yang bertubuh montel dan berat 130kg kini hanya tinggal 85kg sahaja.Kuruskan???

Semua orang impikan tubuh yang ideal untuk diri masing-masing.Cuma kekadang tu setiap insan yang comel ini pun ada perasaan sendiri.Walaupun diriku sendiri comel juga,namun aku tetap aktifkan diri dengan aktiviti riadah.FYI,aku pemain hoki Pasukan Hoki UniMAP dan aktiviti kegemaran selain hoki ialah futsal dan badminton.

Sebenarnya,gemuk atau kurus bukan menjadi persoalannya.Yang penting ialah bagaimana kita menguruskan dan menjaga penampilan diri sendiri.Sungguhpun bertubuh comel,kalau kena dengan cara dan kaedah mampu bergaya dengan mantap dan elegan.Selain itu faktor pemakanan juga amat penting dalam menjaga pertambahan dan pertumbuhan berat badan.Kena cari alternative dalam penggantian pemakanan kita seharian.

So,pilihlah cara yang terbaik untuk menjaga badan dan penampilan anda.
Rajinlah bersenam atau pun beriadah selama 30 minit 3 kali seminggu.
Cergas diri Cergas Minda Badan Sihat Otak Cergas!!

Adiosss..

No comments: