Saturday, October 5, 2013

Plaza Alam Sentral

Hari Sabtu berkesempatan mengunjungi Plaza Alam Sentral.
Kali terakhir ke sana pada tahun 2007.
Sebenarnya tak banyak perubahan disana.
Tapi apa yang nak dikongsikan ialah hub IT dan telekomunikasi di tingkat 4 dan 5.
Sekilas pandang serupa di Low Yat KL.
Banyak kedai-kedai handphone dan komputer di tingkat berkenaan.
Harga-harga bergantung pada model yang dihajati.
Tujuan ke sana sebab sahabat yang mencari tablet utk anak saudara di kampung.
Hampir 3 jam ronda-ronda,usha-usha dan risik-risik maka dapatlah yang dihajati.


Level 4

Ramai pengunjung

Kawasan yang selesa

Pelbagai pilihan ada

Pak saudara yang menyayangi anak saudara

Sementara menunggu tablet untuk siap,kami sempat mengerjakan solat maghrib di surau tingkat 5.Selesai mengerjakan solat pandangan tertumpu pada seorang pada lelaki pertengahan usia yang sedang duduk di penjuru surau.Dihadapannya terdapat sekeping surat memohon bantuan untuk kemoterapi.Rupanya lelaki itu ialah seorang muallaf dan amat memerlukan bantuan daripada saudara seagama.Mana pergi pihak berwajib dan bertanggungjawab untuk membantu saudara kita ini.

Semoga ada pihak-pihak berkaitan dapat tampil membantu saudara kita ini.

No comments: