Sunday, September 27, 2009

Idul Fitri @ Dato VC House 2009

Semalam telah berlangsungnya Rumah Terbuka Naib Canselor UniMAP di Taman Harmoni Kangar Perlis.

Seawal jam 8.00 mlm tetamu sudah datang.Tetamu yang terdiri daripada staf-staf dan pelajar antarabangsa,staf-staf dan pelajar tempatan,jemputan khas dan jiran tetangan sekitar Taman Harmoni.Tetamu jemputan ialah DYMM Raja Perlis,DYMM Raja Perempuan Perlis,DYTM Canselor UniMAP dan DYTM Pro-Canselor UniMAP.Rombongan Diraja tiba jam 9.30 mlm dan diarak dengan nyalaan bunga api di kiri kanan jalan dan alunan lagu-lagu hari raya.

Persembahan malam itu diserikan dengan tarian dari Inderasutera UniMAP dan Band UKR.
Pada majlis itu juga,Dato VC mengisytiharkan bahawa laman web UniMAP telah berjaya berada di tempat ke-5 dari 1192 laman web yang dinilai oleh Malaysia Government Portals and Website Assessment (MGPWA 2009.

Majis tamat pada jam 11.30 malam.Tetamu-tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan rombongan pasangan Diraja.

Keseluruhannya majlis berjaya dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf,pelajar dan jiran tetangga.

2 comments:

Suya said...

gambarnya takde ke bob? mesti meriah u..giler taman harmoni malam t

Fathehi said...

ala puya..
x sempat nk snap la..
jadi ajk mlm tu..
mmg dok dang nk snap ape2 pung...