Saturday, August 11, 2012

Bersawang jer...

Aduh!!Aduh!!
Lamanyer tak meng"update" blog ni.
Bersawang-sawing jadinya.
Dulu berkobar2 nk jd blogger kunun.
Nak jadi writer alam maya kunun.
Huh..ghupanyer dok jadi.
Masih takuk yg lame.

Nape yer??
Sebabnya tak de displin.
Kalau ada displin confirm blog ni meriah.

So,pas ni silalah berdisplin wahai Muhammad Fathehi.
Walaupun tak punyai follower dan tak se"glam" blogger lain.
Maka ini saya akan berdsiplin,cuba meng"update" seminggu sekali dan berkongsi apa saja yg bersesuaian.

Until we meet again....

posted from Bloggeroid

Monday, April 16, 2012

My Mistake

hye
dh lama x update
alasan : bz
pada saat ni,berada di rumah org tua di Taman Kastam
my sayang berada di KL kerana berkursus
both my sweetheart kena separated
kakak dgn tokma
adam dgn maktok
me?in-front my lappy sambil menonton MU against Villa

actually
this few week not too happy
badai melanda org kata
mistake form me
i shouldn't do that but i'm doing it for 2nd time
hmmmmmmmm
speechless & no strong reason
damn it
why i'm doing it again

ujian dari Allah SWT or aku yang mencari bala??
sedangkan lidah lagi tergigitkan
sorry seems to be the hardest word
maafkan apa yg telah berlaku
kuatkan hati tabahkan jiwa utk meneruskan pelayaran ini

not doing the same thing again
i remind myself............

Saturday, March 3, 2012

MAC 2012

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Allah SWT.

Sedar atau tidak,MAC telah membuka gelanggang.
Cepatnya masa itu.
Masa tetap berlalu mengikut aturan.
Tapi,kita masih ditakuk lama.

Setulusnya,dh beberapa bulan tak update blog.
Nak kata xde lappy,tab sentiasa di tangan.
Nak kata bz,memang pun.

Sibuk dan manusia adalah perkara yg tidak dapat dipisahkan.
Ada yg betoi2 sibuk.
Ada yg buat2 sibuk.
Ada yg menyibuk aka busy body.
So.dimana kategori kita semua?

SBPA akan diumumkan DS Najib 19/03/2012 pd perhimpunan kakitangan awam.
So,ini masa yg ditunggu2 oleh PA (Penjawat Awam).
Apakah CUEPAQS berjaya dalam kehendak suara PA?
Atau ada sedikit penambahan SBPA buat gred2 yg berkenaan?
Tapi,yang penting taraf skim J17 sijil politeknik sudah sama dgn STPM.
Alhamdulillah.
Martabat J17 sudah terbela.
Terima kasih buat insan-insan yg memperjuangkan geng J17.
Hanya Allah SWT yg dapat membalas budi dan jasa mereka.

Akhir kalam,
Macam2 dh tercoret.
Cuma,nk pesan.
Ingat 5 perkara,Sebelum 5 perkara.

Nite ols.

So,martabat

posted from Bloggeroid

Saturday, January 14, 2012

BOLASEPAK

Aduhai,demam bolasepak Liga Malaysia telah kembali.
Meriah dan makin meriah.
Tapi bagi Perlis Singa Utara,ini merupakan musim yg malang dan teruk.
Perlis tergelincir ke Liga Perdana.

Perlawanan pertama bertemu Majlis Perbandaraan Muar,Singa Utara dimalukan dgn skor 7-2.
Satu permulaan yg teruk dan permulaan buruk sekali.

Jd,semalam berkesempatan menonton perlawanan kedua di laman sendiri bertemu dgn Sime Darby Football Club,juara Liga FAM dan pendatang baru Liga Perdana.
Keputusan?tewas kali kedua berturut-turut tp dgn jaringan tipis 2-1.apapun KALAH.

Penonton ramai,cuma pelbagai gelagat yg ada.ada segelintir menyokong dan menaikkan semangat.ada juga yg mencerca pemain dan pegawai perlawanan dgn flip kad yg tidak bertamadun.



SAY NO ACTION LIKE THIS.



SKORBOARD ALAF BARU.JIMAT!!



Barisan pembeli tiket.utk game akan datang,sila bwk wang secukupnya.



RM 8.00 utk tempat terbuka.

Mengharapkan singa utara akan capai mata pertama pd perlawanan ketiga kelak.

posted from Bloggeroid

Monday, January 9, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Dipetik daripada http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/



ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHALIHIN.

Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Dipetik daripada http://athay.wordpress.com/2008/07/02/doa-sholat-dhuha-doa-rezeki/

Terbaca mengenai solat sunat dhuha yg dipost oleh dua org sahabat.
Alangkah baiknya kita sendiri mampu melakukan setiap hari walaupun 2 rakaat.
Hayati setiap maksud di dalam doa solat sunat dhuha.
Moga setiap rezeki,pekerjaan dan apa sahaja yang kita lakukan akan memperoleh keberkatan Allah SWT.