Sunday, November 20, 2011

Final Bola Sepak Sukan Sea 2011

Hi peps.
Seperti diketahui,besok merupakan penentuan dan perhitungan buat Skuad Harimau Muda yg akan bertemu dgn tuan rumah,Indonesia tanggal 8.00 malam waktu Malaysia.




Skuad Ong Kim Swee terpaksa menghadapi pelbagai dugaan,cobaan dan halangan untuk menjejak kaki ke game final.
Menghadapi pasukan Garuda ditambah dengan sentimen anti-Malaysia penyokong tuan rumah akan menambahkan lagi tekanan buat skuad OKS.








Buat Pasukan Harimau Muda,berjuanglah sepenuh hati demi maruah negara.

PINGAT EMAS KAMU UMPAMA IBU BUAT SEGALA PINGAT DI SUKAN SEA.

Ayuh rakyat Malaysia,
Lestarikan sokongan dan doa anda buat Pasukan Harimau Muda.

MALAYSIA BOLEH!!!



posted from Bloggeroid

Tuesday, November 15, 2011

Cer Citer

Hmmmm.....
Lama tak post something.
Bukan malas,cuma masa yang tak mencukupi (guess so).
Agak dh bersarang blog ni.
Oktober sudah pergi.
November sudah mari.
Sekejap sungguh nak ke penghujung 2011.

November : ada juga acara-acara penting yang berlaku dalam family kami.

07/11/2011 - My sister (the one n only) dh bergelar tunangan org...
Serius??Ini betul2 kejadian
Tak sangka pulak dah jadi tunangan org





Bakal BIL org Perak.
Hope dia mampu jaga adik saya itu.

Start dari 05/11/2011 - 13/11/2011 kami sekeluarga bercuti dan destinasi kami ialah Pulau Langkawi.
Kali terakhir p pun masa honeymoon 2008.
Tujuan p untuk relaks,lepak2,menenangkan fikiran dan mencari mood untuk menghadapi hari mendatang.
Banyak perubahan especially Pantai Chenang.Banyak chalet yg baru.Susah nak parking pas ni.
Tak penah sepi dengan pelancong & pelencong.
BEST!!!






Tanggal 11/11/11 ialah hari kelahiran abah.
Cantik tarikh.
So,kami celebrate di Jitra.
Celebrate biasa2 jer.
Utk birthday tokwan,kami hadiahkan Samsung Galaxy W.
Cepat sungguh abah belajaq.
Pasni senang nk FB & Internet.




Alhamdulillah.
Berita baik seterusnya ialah progress pembinaan mahligai kami yang berjalan lancar.
Pada ketika ini,foundation telah pun siap.
Menunggu untuk seterusnya.
Harapan semoga dapat menduduki mahligai kami sebelum berakhirnya 2011.




Banyaknya cerita.
Panjang sungguh entry kali.
Enjoy reading.

Sunday, October 16, 2011

Cubaan

Buat 2 minggu yg berturutan,pelbagai cubaan telah melanda saya.
Cubaan yg melibatkan wang ringgit amat besar jumlahnya bagi saya.
Tapi,saya tetap bersabar dgn ujianNya.
Saya sendiri melakukan kesilapan dgn sedar ataupun tidak.
Saya tidak menyalahkan sesiapa.
Mungkin ini dh menjadi bahagian saya.
Alhamdulillah.
Saya masih mempunyai kekuatan dan kecekalan.
Tidak mudah melatah,menyalahkan kejadian berlaku atau mencari kesalahan pihak lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Saya terima semuanya dengan redha.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa dan kesalahan.saya.
AMIN.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 12, 2011

SEMINAR MARKETING POWER

Semalam,
Kami berdua berkesempatan untuk menghadiri diri ke
Seminar Marketing Power di Starcity Hotel Alor Setar.
Both AF tggl dirumah my in-laws.
Penceramahnya ialah Dr Azizan Osman,pakar pemasaran yg terkenal tu.
Tujuan nak cari teknik,taktik dan cara pemasaran berkesan untuk memasarkan produk kami.
Sepanjang 2 1/2 jam,kami mendapat pelbagai ilmu dan.tips yg berguna.
Kami dh mendaftarkan diri utk kursus lanjutan pada 28/10 - 30/10 di Wisma MCA KL.
Semoga ilmu yg kami peroleh mendapat keberkatan dan digunakan sepenuhnya utk memperkembangkan perniagaan kami.












posted from Bloggeroid