Sunday, October 16, 2011

Cubaan

Buat 2 minggu yg berturutan,pelbagai cubaan telah melanda saya.
Cubaan yg melibatkan wang ringgit amat besar jumlahnya bagi saya.
Tapi,saya tetap bersabar dgn ujianNya.
Saya sendiri melakukan kesilapan dgn sedar ataupun tidak.
Saya tidak menyalahkan sesiapa.
Mungkin ini dh menjadi bahagian saya.
Alhamdulillah.
Saya masih mempunyai kekuatan dan kecekalan.
Tidak mudah melatah,menyalahkan kejadian berlaku atau mencari kesalahan pihak lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Saya terima semuanya dengan redha.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa dan kesalahan.saya.
AMIN.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 12, 2011

SEMINAR MARKETING POWER

Semalam,
Kami berdua berkesempatan untuk menghadiri diri ke
Seminar Marketing Power di Starcity Hotel Alor Setar.
Both AF tggl dirumah my in-laws.
Penceramahnya ialah Dr Azizan Osman,pakar pemasaran yg terkenal tu.
Tujuan nak cari teknik,taktik dan cara pemasaran berkesan untuk memasarkan produk kami.
Sepanjang 2 1/2 jam,kami mendapat pelbagai ilmu dan.tips yg berguna.
Kami dh mendaftarkan diri utk kursus lanjutan pada 28/10 - 30/10 di Wisma MCA KL.
Semoga ilmu yg kami peroleh mendapat keberkatan dan digunakan sepenuhnya utk memperkembangkan perniagaan kami.












posted from Bloggeroid

Tuesday, October 11, 2011

Macam-macam cerita

Alhamdulillah Pt1.
Budget dh diumukan oleh PM.
Syukur mendapat kenaikan gaji tahunan dan bonus dihujung tahun.
Bantuan utk yg melanjutkan pengajian akan diberikan.
Nk aksess web JPA pun tak boleh sbb nk usha pekeliling baru.
Semangat nk sambung degree dh makin meningkat.

Alhamdulillah Pt2.
Dh berjaya menjana usd100++ dlm masa 3 minggu menyertai forex.
Rezeki dari Allah SWT untuk keluarga.
Kena yakin terhadap setiap pekerjaan yang kita buat.
Setiap kali selepas solat,berdoa agar diberkati setiap pekerjaan yg dilakukan dan setiap rezeki diperolehi.

Alhamdulillah Pt3.
Adam Fawwaz semakin pulih dari batuk.
Dh tak batuk berpanjangan mcm 2-3 minggu lepas.
Adam semakin pandai menyembang dan senyum ala2 anje2 gitu.
Athirah Farzana semakin cerdik.
Ketokohan kakak dh makin terserlah.
Papa & Ibu sgt sayang kamu berdua.

Alhamdulillah Pt4.
My sayang pun agak kencang dgn biz dia sendiri.
Harapan saya 2012 biz dia sendiri akan lebih berkembang maju.
Syukur sbb dapat isteri yg memahami sy sebagai suami.
Saya sentiasa berdoa supaya perhubungan kami berkekalan,dijauhkan segala bala bencana dan perkara2 yg boleh merosakkan rumahtangga kami.

AMIN.

posted from Bloggeroid

Friday, October 7, 2011

BELANJAWAN 2012

Tidak berapa lama lagi,PM Dato Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012.Semua ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu konsep dan inisiatif yg bakal diumumkan.
Banyak khabar angin dan cerita pelbagai versi mengenai Belanjawan edisi kali ini.Selaku kakitangan awam,apa yg diharapkan ialah kenaikan gaji terutamanya Sokongan 1 dan 2,pemberian bonus dan penyemakan semula tanggagaji dan pangkat.
Sama-samalah kita tunggu dan nantikan perkhabaran kelak.
Rakyat didahulukan.Pencapaian diutamakan.

posted from Bloggeroid