FAKTA :
1. UniMAP telah menganjurkan 1Malaysia Beraya @ UniMAP - Warna -Warni Aidil Fitri pada 6 Oktober 2009 di Dataran Kubang Gajah.
2.Bertujuan untuk menyambut Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di peringkat UniMAP,mempereratkan silaturrahim di kalangan komuniti UniMAP dan masyarakat Perlis dan bersama-sama meraikan kedatangan bulan Syawal.
3.Hujan lebat yang turun semasa perasmian majlis tidak mencacatkan kelancaran majlis tersebut.
4.Kehadiran tetamu-tetamu diluar jangkaan dan memang pecah panggung.
5.Pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan untuk majlis ini.Diantaranya Nasi Bukhara,Laksa,Satay (makanan wajib),kuih-kuih raya,lemang & ketupat dan macam-macam lagi.
6.Artis undangan ialah Yuna & The Band.Macam biasa,Yuna & The Band memberikan persembahan yang terrrmantoppp dan mendapat perhatian di hati peminat-peminat.Persembahan turut dijayakan oleh rangkaian penyanyi-penyanyi UniMAP (Azwan,Syam,Zam),penari-penari Indrasutra UniMAP,Band UniMAP dan tidak dilupakan persembahan istimewa dari Ketua Jabatan UniMAP dan juga duet Dato NC bersama Datin Noridah.
7.Untuk geng PA System dan Multimedia,Alhamdulillah kami telah berjaya mengendalikan majlis dengan sempurna tanpa menghadapi major problem.Legaaa...