Friday, August 5, 2011

Melentur buluh biar dari rebung

Melentur buluh biar dari rebungnya

Pernah mendengar peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya?rasanya semua orang mengetahuinya.

Mendidik anak-anak hendaklah bermula diusia muda. Anak - anak diibaratkan kain putih.kita sbg ibu bapa yang akan mencorakkan kain tersebut dgn ilmu pengetahuan dan didikan buat mereka.

Bila rebung sudah menjadi buluh,mmg susah untuk dilentur.kalau pun dilentur,buluh tersebut akan patah.
Ibarat seperti nasi sudah menjadi bubur.

Dalam soal mendidik anak-anak,tahap kesabaran amat diperlukan.sudah menjadi resam anak-anak dengan sifat ingin tahu dan keinginan untuk meneroka dengan lebih mendalam.bila kanak-kanak ada sifat-sifat tersebut,mereka akan menjadi aktif dan buas (kata org utara).kadang-kadang perilaku dan perlakuan merekia boleh menyebabkan kita hilang sabar.tetapi haruslah kita tetap bersabar kerana itu ialah sifat kanak-kanak.

Kesimpulan,bila anak-anak sudah semakin besar,teguran atau nasihat kita agak sukar utk mereka terima.justeru itu,didiklah mereka dari kecil dengan ilmu agama dan pendidikan supaya di masa hadapan mereka tidak akan menyusahkan dan menyalahkan kita atas perkara-perkara yg terjadi.

posted from Bloggeroid

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan

Assalammualaikum...
1 Ramadan telah menjelma..
Alhamdulillah,masih dikurniakan Allah SWT untuk bertemu Ramadan kali ini.
Perjalanan Ramadan telah bermula.
Semoga Ramadan kali ini akan dikurniakan Allah SWT kerahmatan dan kesenangan.

Saturday, July 16, 2011

Majlis Aqiqah Adam Fawwaz

Hi pepps
Syukur Majlis Aqiqah Adam Fawwaz telah disempurnakan.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Adam dh botak skrg.
Terima kasih buat sudi menghadirkan diri.
Kalau ada salah dan silap harap dimaafi.
Special TQ for my family member for involving in this ceremony.



Maktek Athirah & Adam yg GEYLONG



Athirah & Farish



Upacara belah mulut oleh Ustaz Fitri.Moga Ustaz & wife akan dapat tempias



Adam Fawwaz dgn Ibu

Friday, July 15, 2011

Mimpi @ Realiti

Seringkali kita mendengar perkataan mimpi dan realiti.
Seringkali kita bermimpi tatkala malam hari mahupun siang hari.
Seringkali kita bermimpi untuk merealisasikan satu realiti.

Pernahkah kita berfikir untuk menambahbaikan apa yang kita ada sekarang?
Pernahkah kita berfikir untuk mencari kaedah untuk memperbaiki taraf kehidupan kita untuk masa hadapan?
Pernahkah kita berfikir nasib anak-anak dan keluarga kita jika kita tidak melakukan sesuatu dari masa kini?

Org yang bermimpi akan terus hanyut dalam dunia ciptaan dan terus alpa dlm fantasinya.

Org yg mahu merealisasikan satu realiti mencari jalan dan kaedah bagi memenuhi kehendak dan keinginannya.

Buka minda,berfikiran positif dan terus berjuang untuk survival.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 2, 2011

Diskaun!!Diskaun!!



Perhatian!!


Untuk yang mengidam,berkenan,berhajat atau berkehendak dengan Premium Beautiful,Diskaun RM 150.00 untuk setiap pembelian PB akan diberikan...


Cepat!!Cepat!!


Tawaran bermula dari 1 Julai 2011 hingga 31 Oktober 2011...............


Beli jangan tak beli...


70% Kesihatan...


30% Kecantikan..


Terbaik!!!