Saturday, January 14, 2012

BOLASEPAK

Aduhai,demam bolasepak Liga Malaysia telah kembali.
Meriah dan makin meriah.
Tapi bagi Perlis Singa Utara,ini merupakan musim yg malang dan teruk.
Perlis tergelincir ke Liga Perdana.

Perlawanan pertama bertemu Majlis Perbandaraan Muar,Singa Utara dimalukan dgn skor 7-2.
Satu permulaan yg teruk dan permulaan buruk sekali.

Jd,semalam berkesempatan menonton perlawanan kedua di laman sendiri bertemu dgn Sime Darby Football Club,juara Liga FAM dan pendatang baru Liga Perdana.
Keputusan?tewas kali kedua berturut-turut tp dgn jaringan tipis 2-1.apapun KALAH.

Penonton ramai,cuma pelbagai gelagat yg ada.ada segelintir menyokong dan menaikkan semangat.ada juga yg mencerca pemain dan pegawai perlawanan dgn flip kad yg tidak bertamadun.



SAY NO ACTION LIKE THIS.



SKORBOARD ALAF BARU.JIMAT!!



Barisan pembeli tiket.utk game akan datang,sila bwk wang secukupnya.



RM 8.00 utk tempat terbuka.

Mengharapkan singa utara akan capai mata pertama pd perlawanan ketiga kelak.

posted from Bloggeroid

Monday, January 9, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Dipetik daripada http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/



ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHALIHIN.

Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Dipetik daripada http://athay.wordpress.com/2008/07/02/doa-sholat-dhuha-doa-rezeki/

Terbaca mengenai solat sunat dhuha yg dipost oleh dua org sahabat.
Alangkah baiknya kita sendiri mampu melakukan setiap hari walaupun 2 rakaat.
Hayati setiap maksud di dalam doa solat sunat dhuha.
Moga setiap rezeki,pekerjaan dan apa sahaja yang kita lakukan akan memperoleh keberkatan Allah SWT.

Wednesday, January 4, 2012

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN DYTM CANSELOR

Tanggal 03/01/12,satu lagi sejarah tercipta apabila DYTM Tuan Syed Faizzudin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail telah dilantik semula sebagai Canselor UniMAP atas perkenaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkuatkuasa dari 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016.

DAULAT TUANKU


























posted from Bloggeroid

Monday, January 2, 2012

2012

Bye-bye 2011.

2012 is in the town.

2012,
Utk sy mencapai target2 yg perlu diselesaikan dalam tahun ini juga.tak yah didedahkan disini sbb cheq malu.

2012,
Utk sy membantu my sayang mencapai target yg dia sasarkan.PREMIUM BEAUTIFUL,70% kesihatan 30% kecantikan.

2012,
Utk kami berdua bekerja dgn lebih kuat dan memberikan kesenangan dan kesejahteraan buat kedua-dua putera-puteri kami dan kami berdua.

2012,
Tahun Persahabatan.Akan cuba mencari sahabat2 seramai mungkin.Dan menyambung semula ikatan persahabatan yg terputus.

Semoga apa kami target akan terlaksana dlm tahun 2012.kita hanya merancang,tapi kuasa berada di tangan Allah SWT.Diluar jangkauan kita untuk menduga atau memikirkan sesuatu perkara yg tidak pernah kita jangkakan.



posted from Bloggeroid