Wednesday, August 31, 2011

Satu Syawal

Salam.

Alhamdulillah,1 Syawal telah menjelma.
Syukur telah dapat menyempurnakan Ramadhan dengan sebaiknya dengan dugaan dan cabaran yang mendatang.

1 Syawal yg lepas,kami beraya bertiga.
Pada tahun ini,kami bertambah menjadi berempat kerana mendapat ahli baru dalam keluarga kami.
Alhamdulilah atas kurniaan dan amanah yang Allah SWT pertanggungjawabkan terhadap kami.

Pada kesempatan ini,kami sekeluarga memohon kemaafan dan keampunan andaikata kami pernah melakukan kesalahan dan kesilapan.

Yang buruk datangnya dari kelemahan kami dan Yang baik itu kurniaan Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir Batin.

Dari kami :

Muhammad Fathehi b Ahmad Fuad
Siti Fairus bt Mohd Arshad
Athirah Farzana bt Muhammad Fathehi
Adam Fawwaz b Muhammad Fathehi




posted from Bloggeroid

Thursday, August 25, 2011

5 hari lagi

Haluu.
5 hari lagi bakal menjelma.
Umah Islam akan merdeka.
Nak menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Tahun ini akan menyambut berempat pula.
Tambah seorang lagi ahli baru.
Alhamdulillah,rezeki Allah Taala.

So,
Boys & Gurls,
Jum menghitung hari,
Untuk 1 Syawal menjelma.

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 10, 2011

Dating

Lamanya kami tak berdating berdua.
So,tonite selepas melawat kawan di kuala perlis,kami ambil keputusan untuk minum dulu.
Lokasi kat Cafe Cindai Klasik.
Menu kami chocolate ais for me,apple juice for her and chicken chop oriental sauce for us.
Apa lagi,mari makan.


posted from Bloggeroid

Friday, August 5, 2011

Melentur buluh biar dari rebung

Melentur buluh biar dari rebungnya

Pernah mendengar peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya?rasanya semua orang mengetahuinya.

Mendidik anak-anak hendaklah bermula diusia muda. Anak - anak diibaratkan kain putih.kita sbg ibu bapa yang akan mencorakkan kain tersebut dgn ilmu pengetahuan dan didikan buat mereka.

Bila rebung sudah menjadi buluh,mmg susah untuk dilentur.kalau pun dilentur,buluh tersebut akan patah.
Ibarat seperti nasi sudah menjadi bubur.

Dalam soal mendidik anak-anak,tahap kesabaran amat diperlukan.sudah menjadi resam anak-anak dengan sifat ingin tahu dan keinginan untuk meneroka dengan lebih mendalam.bila kanak-kanak ada sifat-sifat tersebut,mereka akan menjadi aktif dan buas (kata org utara).kadang-kadang perilaku dan perlakuan merekia boleh menyebabkan kita hilang sabar.tetapi haruslah kita tetap bersabar kerana itu ialah sifat kanak-kanak.

Kesimpulan,bila anak-anak sudah semakin besar,teguran atau nasihat kita agak sukar utk mereka terima.justeru itu,didiklah mereka dari kecil dengan ilmu agama dan pendidikan supaya di masa hadapan mereka tidak akan menyusahkan dan menyalahkan kita atas perkara-perkara yg terjadi.

posted from Bloggeroid

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan

Assalammualaikum...
1 Ramadan telah menjelma..
Alhamdulillah,masih dikurniakan Allah SWT untuk bertemu Ramadan kali ini.
Perjalanan Ramadan telah bermula.
Semoga Ramadan kali ini akan dikurniakan Allah SWT kerahmatan dan kesenangan.