Friday, August 21, 2009

Cuti

Akhirnya kelmarin both of us BERCUTI.
Lamanya tak bercuti sbb banyak sangat keje-keje nk kena buat.
Perancangan kami ialah ke MAHSURI Jitra untuk medical check-up for mummy n baby.
Kami gerak dari Kangaq 9.30am dan sampai 10.30 am.
This is our 1st time to MAHSURI.
Sampai sana terus register & ambik sample urine.
Then,kami ke tingkat atas & lepak2 sana.
Rupanya,lambat juga nk checkup sbb ramai patient.
Kami saja pilih Khamis sbb untuk mengelakkan kesesakan tapi terperangkap juga.
So,after almost 1 & 1/2 hour,my sayang name was call & we entered to dr chamber.
Nama dia Dr Anuar Husainy Hussin,a middle age man & friendly person.
Dia ambil blood pressure my sayang & asking question related to the pregnancy.
Then,buat scanning kat my sayang.hmmm.he called me also to join them.
Dia scan & show us our baby.
Alhamdulillah so far sihat sejahtera.
Our baby baru berukuran 4.5cm.
Masa tgh scan tu,banyak betul movement baby buat.maybe sedang poco2 & chicken dance.:)
We settle at Mahsuri around 1.00pm.
Kemudian,kami ke Aloq Setaq.Untuk menikmati McDonald.huhu.almost 3 month since my sayang pregnancy kami tak outing.
Menu for lunch are Big Mac Large & Double Chesse Burger for me & my sayang choose Ayam Goreng McD & Filet O Fish Burger.Yum..Yum..
Then,next destination to TESCO.
Lama juga x ke sana.
Shopping food & beverage untuk persiapan berpuasa.
Pukul 3pm kami grak pulang ke Kangar & sampai dlm 4.15pm

Tuesday, August 18, 2009

Kapi

Helo
This is my latest hobby iaitu membela & menternak ikan kapi.
Dulu mmg bela ikan kapi tapi sayangnya semuanya mati.
Hari Ahad lepas kebetulan singgah kat kedai ikan sebelah kedai motor bee eik.
Tgk ade je ikan kapi yg menarik & mengambil keputusan beli 5 ekor.
Turut dibeli ialah akuarium baru,pokok-pokok hiasan dan guli sebekas.
Sampai umah terus mula operasi KAPI.
Hope ikan-ikan ini akan terus kekal dgn tuannya & menambahkan bilangan zuriat.:)

New aquarium.bigger space to play around
Lajunya ikan berenang.tak sempat capture

Monday, August 17, 2009

Huh

Heloo.
Lama x menjenguk & post entry.
Kesibukan yg melanda sudah tidak dapat dibendung lagi.
Makmal & kelas sudah bermula dengan student.Jadual penuh dari Selasa hingga Jumaat.
Banyak juga aktiviti-aktiviti universiti yg hendak diuruskan.
Latest aktiviti ialah Majlis Konvokesyen UniMAP.
Syukur Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar.
Selain itu,kandungan my sayang dh masuk 3 bulan.
Cian dia dah muntah-muntah,loya-loya dan tak berselera makan dan saya tinggalkan dia untuk bertugas.sori sayang.
Itu lumrah kan dan i hope everything will be all rite bila masuk bulan ke 4.
Persiapan baby pun belum dirancang lagi.
So,sekarang mind set untuk menyambut ramadhan & persiapan menghadapinya.
Aktiviti-aktiviti universiti akan berkurangan semasa Ramadhan cuma kelas & makmal akan berjalan macam biasa.
Virus H1N1 semakin menular di bumi kita dan kita harus ambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.
Harapan Ramadhan ini kita dapat melaksanakan ibadah seikhlasnya dan berdoa agar virus H1N1 akan lenyap terus dari muka bumi ini.Amin.



Jangan lupa pakai mask
Rosis,my partner in crime

Yuna & her band doing soundcheck


Yuna..sempoi budak ni.suara sedap & educated.