Thursday, January 24, 2013

Weekend Nyaman

Assalammualaikum.
Bertemu lagi.
Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga menikmati udara segar dan berjalan-jalan di Denai Larian Pangkalan Asam.
Sebenarnya dh lama tak p pun.
Tapi berharap agar menjadi aktiviti mingguan kami sekeluarga.
Athirah dan Adam mmg enjoy abis.
Kawasan luas utk depa lari2 dan jalan2.
Tapi lastly Adam kena dukung sbb dh tak larat jalan.
Anyway mmg enjoy abis...
Okbai
Tapak tanggal
3km bersama keluarga
My love
Crossing brdige
Athirah dan Adam

Saturday, January 19, 2013

BERSIARAN LAGI

Hi semua.
Sorry lama tak update.
Terlalu sibuk sesibuk sibuknya.
Sebenarnya sepanjang 2 minggu terlibat dgn Minggu Paradigma Sesi 1/2013 IKBN Kuala Perlis.
Terlibat sebagai urusetia pendaftaran dan
FASILITATOR.
OMG..Me?Fasilitator?Agak lucu tapi itu kenyataan.
So banyak juga aktiviti nak handle.
Sbnrnya i've improved my communication skill.
Alhamdulillah much better walaupun ada juga sangkut2.
So sila nikmati foto2 sepanjang Minggu Paradigma IKBN Kuala Perlis.
Kalau diberi peluang akan melibatkan diri.
Cuma akan mencari games/aktiviti yg sesuai utk LDK.
Ok.
NJOY.

Friday, January 4, 2013

PENDIDIKAN

Hello.

2-3 hari ini banyak melihat post2 sahabat2 di FB atau Twitter mengenai sekolah.
Best membaca luahan dan perasaan menceritakan gelagat dan kelakuan anak2 masing2 di sekolah.
Puteriku Athirah Farzana dan Puteraku Adam Fawwaz bakal melangkah ke alam persekolahan dari 4 dan 5 tahun yang akan datang. Rasanya semasa itu dah UPSR sudah dimansuhkan.

So cerita pasal sekolah,rasa nak share perjalanan persekolahan Aku.

Bermula mendapat pendidikan awal di Tadika KEMAS Alor Merah. Btw dok dengan Tok & Tokwan di Kg Alor Merah.So Tok yang akan menghantar dan mengambil aku di Tadika. Menjejak ke alam sekolah rendah,sekolah pertama ialah SK Seri Amar Diraja,Kg Alor Merah pada tahun 1988.Lebih tepat depan rumah Tok jer.So,waktu rehat aku akan menyusup keluar pagar dan balik makan dirumah jer.
Kemudian masa Darjah 5 berpindah ke Kulim. Masuk ke sekolah Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik. Jarak rumah Taman Seluang ke sekolah ialah 3km. So mengayuh basikal lah jawabnya.

Seterusnya masuk ke sekolah menengah iaitu SMK Sultan Badlishah yang merupakan Sekolah Harian Cemerlang di Negeri Kedah pada tahun 1993 sehingga 1996.Masa zaman aku sekolah ni biasa2 ajer.
Bersekolah selama 3 tahun sahaja.
Pencapaian di Badlishah ialah wakil pasukan Hoki U-15 peringkat negeri dan Taekwando (blackbelt 1st dan) peringkat daerah (SUKDA).
PMR hancus sebab banyak main.
Kemudian kembara pengajian beralih angin ke Sungai Petani iaitu Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera (Mekanikal) pada tahun 1997 sehingga 1998.Merupakan batch pertama untuk aliran Teknik di SMTSP1.
Banyak pengalaman hidup suka duka tawa ria semasa di SMTSP1.
Pencapaian di SP1 ialah Pengawas Asrama,Ketua Dorm Fatimah Azzahra 1 (Blok Ehsan),wakil pasukan Hoki U-18 untuk daerah Kota Kuala Muda dan wakil olahraga (tukul besi) peringkat sekolah.
SPM ok ajer.Alhamdulillah.
Kemudian selepas habis sekolah sambung lagi ke peringkat sijil ke Politeknik Shah Alam (PSA) dalam kursus Sijil Jentera Am (Sijil Kejuruteraan Mekanikal) selama 2 tahun pada 2000 sehingga 2001.
Sebelum ni tak pernah berjauhan dengan famili dan melangkah keluar ke sebuah tempat yang asing dan suasana yang berbeza terutamanya dari segi pelat percakapan dan kehidupan sosial.
Alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian tanpa sebarang masalah dan cemerlang.

Sambung lagi pengajian di peringkat diploma.kali ini di POLIMAS Jitra dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) secara separuh masa.Kali ini memang banyak cabaran dan dugaan kerana pada masa yang sama sedang berkhidmat dgn UniMAP.
Alhamdulillah tetap berjaya mengharungi segala onak duri dan ranjau selama 2 tahun dari 2006 - 2007 dan menggenggam segulung diploma.


Perjalanan masih jauh lagi..
InShaaAllah jika mempunyai ruang dan diberikan peluang aku akan menyambung ke peringkat Sarjana Muda.
Masanya belum tahu lagi kerana ingin menyelesaikan beberapa yang lebih mempunyai keutamaan.

Pendidikan tidak pernah berakhir dan perjalanannya akan tetap berterusan.

Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China.

Ok.
Masa dah cukup.
Time to sleep.
Nite everybody

Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalammualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ruang dan peluang.
Hari ini 01 JANUARI 2013 bersamaan 18 SAFAR 1434H.
Bila masuk tahun baru pasti cerita azam.
Ada yg menanam azam baru.
Ada yg nk renew azam yg lepas.

Utk kami sekeluarga pada tahun 2013,kami tetap bersama.Moga amal ibadat kami diterima dan dosa2 kami telah ampunkan.
ALLAH SWT akan melimpahkan taufiq dan hidayah buat kami,memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat,memberkati rezeki dan pekerjaan kami.AMIN.

posted from Bloggeroid