Thursday, January 8, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN@SIDE INCOME part 2

Saya baru saja pulang mendengar mengenai peluang pendapatan sampingan.
Saya berjumpa sendiri dengan seorang yang bakal menjadi jutawan diatas usaha sendiri menjana pendapatan sampingan.kami berkongsi pengalaman & pendapat mengenai peluang yg ditawarkan.Apa yg menarik bagi saya insan ini walaupun berkepuk-kepuk wang dimiliki,namun rasa rendah diri dan tidak riak terpampang jelas.susun kata yang sopan dan lembut menyebabkan perbualan kami bertambah menarik.

Dia berkata bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.Semuanya perlu hasil usaha & penat lelah untuk mencapai sesuatu tahap atau kejayaan.
Kita inginkan pendapatan yang berpanjangan mungkin dapat menyenangkan anak cucu kita kelak.

Saya terus berfikir mencari kata putus.Ada suara-suara berbisik menyuruh saya mencuba peluang ini.Rezeki datang tanpa diundang dan dalam keadaan kita bersedia menerima rezeki tersebut.

Saya masih berfikir dan berfikir mencari kata putus..........

Tuesday, January 6, 2009

2nd win for Perlis tonight

Salam & hi

Sebenarnya,baru ja sampai dari Stadium Utama Kangar.P menonton perlawanan MSL antara Perlis Singa Utara dengan Pahang Tok Gajah.Penonton tak memenuhi segenap stadium.Mungkin disebabkan perlawanan pertengahan minggu.

hmmm..Pahang dibarisi oleh keseluruhan muka-muka baru yang dibimbing oleh Tajuddin Noor.Perlis seperti biasa dibarisi oleh tenaga muda dan diadunkan dengan pemain senior yang dikemudi oleh Irfan Bakti.

Awal permainan Perlis bermula dengan percubaan awal oleh Amar Rohidan.
Kemudian game Perlis menjadi down & Pahang mengambil kesempatan menjaringkan 2 gol awal.

Hujung permainan yg berbaki 15 minit barulah Perlis kembali bernafas dan memperolehi 2 gol penyamaan yang dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Nizarudin Yusof.

Tamat separuh masa pertama berkedudukan 2-2

Separuh masa kedua permainan kian rancak dengan Perlis banyak melakukan serangan yang kurang penyudahan.Kurang 10 minit masa berakhir Nizarudin menghadiahkan 3 mata penuh dengan hatrik pertamanya musim ini

Tamat masa penuh Perlis 3 - Pahang 2

Ini kemenangan kedua berturut2 Perlis.Semoga rentak kemenangan akan diteruskan untuk game seterusnya.

REMPOH PERLIS REMPOH!!AUMMM!!

PENDAPATAN SAMPINGAN@SIDE INCOME

Pernah memikirkan untuk mempunyai wang yg banyak,berumah banglo besaq dan berkereta mewah jenama antarabangsa?Itu merupakan impian kita sbg seorang manusia normal.Kalau setakat makan gaji menunggu setiap bulan 25hb mungkin tidak akan tercapai impian atau mengambil masa yang agak panjang untuk menjadi kenyataan.

Pentingkah duit kepada kita?Kalau duit kurang mencukupi,apa yang terjadi? Tentulah penyakit kanser duit.Seluk poket dh kosong.Buka wallet dah tinggal beberapa ringgit sahaja.Pendek kata,dunia zaman sekarang amat sangat memerlukan duit.

Kami baru pulang mendengar taklimat peluang menambahkan pendapatan.
Peluang ini agak baik.Tapi,pernah juga kami mengalami sejarah hitam mengenai pendapatan sampingan ini.Namun kami mendengar penerangan yang diberikan & dalam perjalanan pulang kami berbincang mengenai hal ini.
Masing-masing memberikan idea & pendapat.Ada pro & kontra dalam perbincangan kami itu.

Kesimpulannya,

Kalau ingin menambahkan pendapatan,kaji dulu mengenai peluang itu.Selidik mengenai latarbelakang syarikat dan faedah-faedah yang diperolehi oleh kita sebagai ahli.Dan yang utama sekali,mesti ada MODAL.

Sunday, January 4, 2009

Demam Bola Sudah Bermula....


Buat semua peminat bolasepak Malaysia,Liga Super Malaysia (MSL) 2009 sudah kick-off dengan rasminya pada 03/01/09.Perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah Sang Kenari dengan Selangor Red Giant berkesudahan Red Giant meratah Sang Kenari dengan jaringan 4 - 1.Satu kejutan awal buat Kedah yang menggondol 3 piala pada musim lepas.Ini merupakan kegagalan kali ke 2 Kedah merebut Piala Sumbangsih setelah dinafikan Perlis pada musim 2008.

Perlis Singa Utara telah membawa pulang 3 mata pertama apabila menewaskan Terangganu dengan jaringan 3-2.Gol-gol Perlis telah dijaringkan oleh Nizaruddin Yusof (m-5),Rizuan Othman(m-19) dan Chan Wing Hong (m-47).

Tahniah buat keseluruhan pasukan Perlis kerana berjaya menggondol 3 mata berharga dari tempat lawan.Tanpa kelibat awang import,Perlis masih mampu bersinar dan memberi harapan buat semua peminat Singa Utara.Semoga Perlis akan meneruskan rentak kemenangan ke 2 apabila akan melayan pasukan pantai timur Pahang pada 06 Januari 2009 di Stadium Utama Kangar.

Ramai-ramai kita penuhkan segenap ruang di Stadium Utama.


Perlis Singa Utara..Aummm..!!!!


Saturday, January 3, 2009

1430H & 2009M

Assalammualaikum wbt

Sedar @ tidak hari ini masuk 6 Muharam 1430H & 3 Januari 2009.Tahun 1429H&2008H telah pun melabuhkan tirainya.Buku nota lama dah tertutup rapat & disimpan rapi.Segala pengalaman,kegembiraan,kedukaan atau kesedihan yang dikutip dijadikan sebagai sempadan & akan tetap tinggal sebagai satu kenangan.

Melangkahi ke tahun baru menginjakkan angka usia kita.Semakin bertambah usia kita,semakin banyak dan besar tanggungjawab yang kita galas.Pertambahan usia akan menjadikan kita lebih matang dan lebih bertanggungjawab.Walaupun usia hanya sekadar angka namun usia menunjukkan keperibadian seseorang individu.

Melangkahi ke tahun baru mencoretkan azam-azam baru yang hendak dipenuhi.Azam yang belum tercapai akan dibawa kehadapan & akan cuba dilaksanakan dalam 365 hari kelak.

Akhir kalam,

Selamat menyambut tahun 1430H & 2009M.Belajarlah menjadi lebih bertanggungjawab dan bersedia menempuh halangan sepanjang 365 hari mendatang.Sayangilah insan-insan yang menyayangi kita dan jangan lukakan hati-hati mereka.Sentiasa mengingati & mengenang Pencipta alam ini.

Sampai bertemu lagi.....